Thursday 21 April 2016

Engkau Amanah Dari Allah



      Dah dua tahun berlalu namun peristiwa hitam itu masih tidak dapat dilupakan olehnya. Peristiwa yang menyebabkan dia hilang arah tuju.

      "Ibu nak terbaik buat anak ibu, baliklah pergi jumpa papa kamu." kata ibunya itu tidak dapat diterimanya. Dia mengerti mengapa ibunya berkata begitu. Doktar telah memberitahunya bahawa jangkah hayat ibunya tidak panjang. "Ibu pleaselah janganlah macam ni". "Huhhh huhh huh huh". "Ibu kenapa ni ibu, ibu bertenang tarik nafas bu tarik...".
  
     Pada pagi itu perginya seorang insan yang telah memberikannya peluang melihat dunia ini. "Ibu bersemadilah mu disana. Meen akan ikut setiap kata ibu.Meen janji bu Meen janji.."

     Yasmeen Hayfa bukan seorang gadis yang seperti sekarang. Nampak sekali pasti akan dianggap lemah. Tidak! Yasmeen ialah seorang yang jenis hipster, suka menari k-pop tengah jalan bersama kawan lelaki. Tetapi kini dia berhijab dan sebabnya adalah satu sahaja iaitu untuk memenangi hati papa dan memujuk papanya untuk menerimanya kembali.  
     
        Setelah sekian lama Yasmeen menjejak kakinya di bumi Malaysia yang pernah ditinggalinya demi mengikuti ibunya ke Australia. Setelah penceraian ibunya dan papanya, Yasmeen membuat keputusan untuk pergi bersama ibunya sementara abang-abangbya ingin hidup bersama papanya. Papanya juga telah kahwin lain. Penceraian ibu dan papanya berpunca dari papanya yang menuduh ibunya curang dengan lelaki lain.
     
      "Yasmeen". Suara pak Mat mengendang halwa telinganya. "Pak Mat! Sihat ke? Betapa saya rindu dengan pak Mat." Tangisannya tiada hentian. Pak Mat ialah pemandu ayahnya dan merupakan seseorang yang dipercayai. "Papa tak datang ke pak Mat?". "Tuan Besar ada kerja jadi dia hatar saya untuk ambil kamu Yasmeen. "
 
     Mendengarnya sahaja sudah dapat dia agarkan kehidupannya di rumah itu. 'Mama bantu yas ma .Yas takut yas tak dapat lalui semua ini.'